KETUA Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus memaklumkan pihaknya dijangka merakam keterangan kira-kira 25 saksi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual yang dikaitkan dengan pelakon Puteri Balqis.Menurut Fadil, polis sebelum ini sudah merakam keterangan beberapa individu termasuk tunang pengadu yang juga pembantu peribadinya, seorang pengarah serta dua jurukamera. "Polis turut merakam keterangan tunang pengadu yang juga pembantu peribadinya, seorang pengarah serta dua jurukamera."Keterangan kira-kira 25 lagi saksi membabitkan kru produksi akan dirakam secara berperingkat.Polis sudah merakam keterangan beberapa individu termasuk tunang Puteri Balqis."Proses itu akan dilakukan mengikut kelapangan mereka memandangkan kru produksi berkenaan kini sedang terbabit dalam penggambaran produksi lain," katanya kepada media. Pada 20 November lalu, Puteri Balqis mendedahkan telah membuat laporan polis berhubung isu dirinya menjadi mangsa gangguan fizikal apabila sengaja digesel oleh seorang pelakon lelaki di set penggambaran sebuah drama. ARTIKEL BERKAITAN: Isu ’gesel’... Giliran Puteri Balqis pula buat laporan polisARTIKEL BERKAITAN: Zarif Ghazzi buat laporan polis, lantik peguam susulan dakwaan salah lakuPerkara itu disahkan oleh bapa tirinya, dikenali sebagai Farris, selain memaklumkan aktres itu sudah menyerahkan bukti sokongan kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan. Sementara itu, pelakon Zarif Ghazi yang namanya turut dikaitkan dengan kontroversi berkenaan juga dilaporkan sudah membuat laporan polis bagi mempertahankan diri daripada tuduhan tersebut.Untuk rekod, Puteri Balqis dan Zarif merupakan antara barisan pelakon yang membintangi drama Dua Nyawa terbitan Global Station yang turut menampilkan Jazmy Juma, Kodi Rasheed, Vanidah Imran dan Eizlan Yusof.TONTON VIDEO PILIHAN!